Aktiviti "ajuk sintar" memang cukup saya suka, memang dok tunggu kalau ada peluang sebab burung sintar ni kedatangannya bermusim iaitu dalam bulan Mei. Melihat kepada warna bulunya yang oren kemerahan, bulu borek di bahagian dada, kakinya merah, wow memang mengancam. Pipit sintar diperbuat daripada daun tendut yang diikat kepada buluh kecil dan dimasukkan ke dalam satu serombong buluh yang kira-kira 1 1/2" diameter. Apabila pipit ditiup pada waktu malam yang gelap (waktu bulan belum keluar) dengan bunyinya seperti ini: tot...tot....tot....tot atau "ku'ek", burung sintar yang sedang berterbangan akan turun hinggap di atas pokok-pokok yang berdekatan. Burung sintar akan melawan (marah) apabila mendengar bunyi pipit yang sedang ditiup dan dia akan turun semakin rendah.... semakin rendah dan mungkin juga hinggap di atas tanah. Ketika itu kita "switch-on" lampu picit (toslet) dan suluh ke arahnya, kalau boleh fokuskan cahaya lampu ke arah matanya. Perlahan-lahan kita hampiri burung tu dan tangkap saja dengan menggunakan tangan atau dicucuh dengan getah. Dulu saya bawa balik pipit sintar ke KL tapi bila berpindah rumah dari Ampang ke Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, pipit-pipit tu sudah hilang. Mengenai burung yang sarangnya terjuntai di pokok nyok atau rumpun buluh tu kita panggey burung "chak raya". Satu sarang burung chak raya di KL boleh dijual dengan hargaRM10 - 20 (kalau tak salah) untuk dijadikan perhiasan. Gilaaaaa! | ||||||
alrazzi anak Perlis kelahiran sebelum Merdeka |
No comments:
Post a Comment