Thursday, February 4, 2010
respon kepada gerek tua (nostalgia anak tani XI)
PakMie |
pandai abg Razi ambik gambar gerek tua tu. penuh nostalgia, renung lama-lama gerek tu, nampak maksud tersirat disebaliknya. Badan seorang tua, yg dulunya gagah dan megah, membuat jasa pada yg lain, tiada upah yang dipinta, hanya perhatian dan kasih sayang, kini dia sudah tua, tidak berdaya menabur bakti lagi, kini tugasnya dipikul oleh sang muda yg lebih gagah dan canggih dari zamannya. Tapi... yang dipinta, jangahlah kurang kasih sayang dan perhatian, seperti mana yg dia pernah rasainya dulu.
Bang Razzi.... mo dapat kat Lolok atau M nasir.... lepaih tu bagi kat Mawi ... sure meletup tuuuu... |
antara goncag dan keriang dot
Buah goncag tu saiznya kecik sikit dari kacang putih......lebih kurang macam saiz kacang-kacang (ball bearing) dalam rakap gerek tu! Buah ni berungkoi, maksudnya bukan sebiji-sebiji. Kalau masak rona kehitaman macam buah keriang juga.
Sebut pasai buah keriang, teringat saya buah keriang dot. Buah keriang dot saiznya sebesar ibu jari tangan. Rasanya manis-manis kelat. Kalau ayag dia hinggap ataih baju putih, toksah dok basuh, tak keluaq. La ni mana pi pun tak jumpa buah keriang dot. Kalau sdr ada benih elok tanam sepokok dua kat dalam kampong.

gila burung
Aktiviti "ajuk sintar" memang cukup saya suka, memang dok tunggu kalau ada peluang sebab burung sintar ni kedatangannya bermusim iaitu dalam bulan Mei. Melihat kepada warna bulunya yang oren kemerahan, bulu borek di bahagian dada, kakinya merah, wow memang mengancam. Pipit sintar diperbuat daripada daun tendut yang diikat kepada buluh kecil dan dimasukkan ke dalam satu serombong buluh yang kira-kira 1 1/2" diameter. Apabila pipit ditiup pada waktu malam yang gelap (waktu bulan belum keluar) dengan bunyinya seperti ini: tot...tot....tot....tot atau "ku'ek", burung sintar yang sedang berterbangan akan turun hinggap di atas pokok-pokok yang berdekatan. Burung sintar akan melawan (marah) apabila mendengar bunyi pipit yang sedang ditiup dan dia akan turun semakin rendah.... semakin rendah dan mungkin juga hinggap di atas tanah. Ketika itu kita "switch-on" lampu picit (toslet) dan suluh ke arahnya, kalau boleh fokuskan cahaya lampu ke arah matanya. Perlahan-lahan kita hampiri burung tu dan tangkap saja dengan menggunakan tangan atau dicucuh dengan getah. Dulu saya bawa balik pipit sintar ke KL tapi bila berpindah rumah dari Ampang ke Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, pipit-pipit tu sudah hilang. Mengenai burung yang sarangnya terjuntai di pokok nyok atau rumpun buluh tu kita panggey burung "chak raya". Satu sarang burung chak raya di KL boleh dijual dengan hargaRM10 - 20 (kalau tak salah) untuk dijadikan perhiasan. Gilaaaaa! | ||||||
alrazzi anak Perlis kelahiran sebelum Merdeka |
tangkap burung puyuh
Nama Lomboh (kalau tak salah ejaannya ialah “Longboh”). Tang pekataan “boh” tu bila sebut kena bunyi macam bunyi lemu (lembu).
Longboh mengingati saya kepada zaman kanak-kanak di mana saya dan rakan-rakan sering pi sampai ke Longboh kerana mencari burung puyuh.
Kami akan jadikan satu barisan yang panjang dan kemudiannyan berjalan meretaih bendang. Waktu tu bendang kering, dalam musim timog kira-kira 2 bulan lepaih orang habih ambik padi. Tunggoi jerami dah mula tumbang dan anak-anak padi kecik mula tumbuh.
Burung puyuh akan terbang dan hinggap semula di tempat lain tak berapa jauh dari tempat dia terbang naik (nota: burung puyuh tidak hinggap ataih pokok!). Beramai-ramai kami teghedaih (rush) pi ke tempat burung puyuh tadi hinggap dan mencari burung tu 2 atau 3 depa di kawasan sekelilingnya. Kalau puyuh tu terbang semula kami akan perambat lagi. Paling-paling puyuh terbang 3 kali. Lepaih tu selalunya puyuh akan dapat di tangkap. Tangkap pakai tangan yo!
Burung puyuh bendang berbunyi begini iaitu....”tiu”......dan berbalas dengan ....”tititiuuuu”..... Kalau tak salah yang bunyinya “tiu” tu burung puyuh jantan.
Hobi mencari burung puyuh ada bahayanya. Bahayanya ialah.....Sendok! Ya, ulaq tedung sendok pun banyak ada. Bila terserempak dengan senduk, ulaq ni akan panggong tinggi, kepalanya kembang. Kalau waktu tu di tangan ada pegang batang kayu ka, apalagi hanoh (pukul) saja. Sepanjang pengalaman saya mencari burung puyuh tak pernah la pula ada rakan-rakan yang kena ketit (patuk). Kalau sapa-sapa kena ketit senduk, alamat kena pi hospital la....

alrazzi anak Perlis kelahiran sebelum Merdeka
cerita balik sekolah
......saya ada cerita pasai kerabat pokok jangguih waktu balik sekolah. Waktu balik sekolah perut memang lapag. Sebelum sampai ke rumah, kok tengah jalan tu sentai saja buah-buah yang terjumpa seperti buah setoi, buah keriang, buah goncag, buah tendut, kacang panjang, kacang lendiaq, cabai melaka termasuk juga makan umbut padi (tau ka umbut padi?). Bukannya kerana kami jahat tapi kerana lapag, rumah pun jauh. Satu hari ada sorang kawan saya kerabat pokok jangguih kat tengah bendang untuk ambil buah. Ketika itu dia tak sedar di pokok jangguih tu ada sarang tebuan. Entah macam mana tebuan-tebuan yang dalam sarang tu berterbun keluar dan menyengat dia. Mujurlah saya tidak berada kat situ. Lepas tu apa yang terjadi? Mukanya bengkak teruk, siapa yang melihat semuanya tak boleh cam dia siapa. Kalau tak salah saya keesokan harinya dia pergi juga ke sekolah dalam keadaan mukanya yang bengkak. Siapa yang tengok muka dia semuanya tergelak walhal sepatutnya adalah sikit perasaan simpati. Tak habis di situ, berikutan kejadian tu dia telah digelar "Tebuan" oleh rakan-rakan. |
alrazzi anak Perlis kelahiran sebelum Merdeka |
Subscribe to:
Posts (Atom)