Thursday, April 1, 2010

My First Car

My first car.... purchased in 1979.

A second hand imported Mini 1000 sold by a friend for RM4,800. There was no requirement for downpayment, it was a sale based on trust. Thank you Pak Aji Zainal.

A monthly installment of RM200 was paid directly to Pak Aji without fail for a period of 2 years. This amount of monthly installment was considered a big sum since my salary then was RM840 per month.

The plate number, BAP 3084, meaning it was registered in the State of Selangor but I don't remember what year it was. To me "BAP" stands for "Biar Aku Pergi" in Bahasa Malaysia or in English I choose to denote "Leave Me Alone".... LOL.

The car was used for 2 years and later sold to an Indian couple for RM4,500. The reason for selling the Mini because I needed a 4-door sedan.

Wednesday, March 31, 2010

Di Surabaya lagi....


Tanggal 26 - 30/3/2010, aku berserta keluarga ke Surabaya lagi untuk melawat anak yang sedang belajar dalam Semester ke8 jurusan Kodokteran Gigi di Universitas Airlangga.

Kali ini aku pergi berenam yang terdiri daripada Maznah (isteri), Wangi (anak), Hana (anak), Asnawi (Menantu) dan Nayli (cucu) dan diriku.

Disamping tempat-tempat menarik di negara kita sendiri, Indonesia merupakan tempat pelancungan di luar negara yang murah perbelanjaannya dan kita dijanjikan dengan sesuatu yang berbeza yang dapat kita lihat jika dibandingkan dengan apa yang terdapat di negara kita (bukan tujuan mempromosi!).

Kami menyewa sebuah MPV Kijang Innova dengan bayaran Rp350.000 untuk tempoh selama 24 jam dan ia dipandu oleh seorang student teman sekuliah anakku. Kira free laa tak payah bayar upah. Sila ambil perhatian bahawa angka ribu di dalam matawang Rp tidak gunakan koma ( , ) tapi sebaliknya menggunakan tanda noktah ( . ).

Antara beberapa tempat menarik yang dilawati pada kali ini ialah Kilang/Museum Rokok Sampoerna, Lumpur Lapindo, Safari Park dan Coban Rondo di Malang.











Ini ialah sebuah gerai rokok di dalam Museum Sampoerna.













Antara item koleksi.














Ketika dalam perjalanan menuju Malang, kami singgah sebentar di kawasan tragedy lumpur panas atau lebih dikenali sebagai Lumpur Lapindo. Dikawasan ini keadaan trafik tersangat macet (jem!).

Di Lumpur Lapindo kami perhatikan bahawa kesemua sekali bangunan-bangunan yang terdapat di dalam kawasan itu sudah ditenggelami lumpur sama sekali setelah 5 tahun lebih sejak lumpur itu mula keluar dari perut bumi membanjiri kawasan tersebut.

Kelihatan di dalam gambar jauh di belakang sana wap putih sedang berterbangan ke udara menandakan itulah pusat tempat keluarnya lumpur.


Setelah berada lebih kurang 20 minit di kawasan Lumpur Lapindo kami pun bergerak menuju ke Safari Park.

Untuk memasuki Safari Park kami dikenakan bayaran sebanyak Rp40.000 seorang atau lebih kurang RM16.00. Bagi pelancung luar Indonesia bayarannya lebih tinggi, jika tidak salah Rp80.000.

Perjalanan menaiki kereta melalui kawasan Safari Park sungguh menyeronokkan tambahan lagi buat cucu kami yang berumur 4 tahun tu.

Diantara binatang-binatang buas/liar yang dapat dilihat pada jarak dekat ialah beruang, singa, harimau belang, rusa, kijang, kuda belang dan lain-lain.

Pak Belang ini berpura-pura tak endahkan kami.












Kami berasa was-was takut diterkam oleh Pak Belang jika cermin kereta dibuka untuk melihat dengan lebih jelas. Namun kami buka juga sekejap-sekejap untuk memotret gambar.










"Porrah, kalau kau anak jantan keluar ler dari kereta tu." Barangkali itulah yang terungkap di dalam kepala singa-singa tu.










Kijang yang cepat mesra dengan pengunjung.













Di Air Terjun Coban Rondo, terjunannya setinggi 85 meter.
Coban Rondo dalam Bahasa Jawa bermaksud Air Terjun Janda.
















Pengarang sedang melambai tangan persis gambar si mata lebam yang popular di Malaysia satu ketika dulu.


























Ibarat belut pulang ke lumpur, apabila ternampak panaroma syahdu di sepanjang perjalanan ia membawa kenanganku melayang ke kampong halamanku sendiri di utara Malaysia.

Monday, March 22, 2010

Bas Ekspres

Ahad, 21/3/2010, aku memandu dari Arau kemudiannya memasuki Lebuhraya PLUS di Changloon menghala ke selatan. Selepas melalui kawasan Sg. Petani aku terpandang melalui cermin lihat belakang (rear view mirror) keretaku kelihatan sebuah bas yang datang dari arah belakang sedang beremba dengan sebuah lagi bas. Ketika itu kelihatan bas yang dipandu di lorong dalam sedang berusaha mahu memotong bas di lorong luar tapi agak lama juga mereka dalam keadaan beremba. Apakah pemandu bas di lorong luar tidak benarkan bas yang satu lagi memotongnya lalu dia memperlajui bas yang dipandunya. Akhirnya setelah dapat memotong bas di lorong luar bas itu lantas memotong keretaku. Ketika itu keretaku sedang dipandu pada kelajuan 120 km/j. Tentulah bas itu lebih laju dipandu daripada kelajuan keretaku.



Semakin laju bas eskpres itu meninggalkan keretaku walaupun kelajuanku menghampiri 130 km/j dan ku biarkan saja dia pergi kerana aku sengaja mahu menguji kelajuannya.

Apa yang nak ku katakan bahawa pemandu bas itu tanpa takut ditahan kerana memandu laju serta merbahayakan nyawa penumpang di dalamnya telahpun melanggar peraturan keselamatan jalan raya (termasuklah juga aku!).




Tuesday, March 9, 2010

Cara duduk dalam tahiyat (tasyahud) akhir

Ketika solat berjema'ah di masjid tempatan (di Malaysia) aku sering terpandang atau tertumpu pandangan kepada kaki para jema'ah yang solat di saf hadapanku. Malahan pada bulan September 2010 ketika aku berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Umrah aku telah melihat berbagai kedudukan para jema'ah di sana ketika dalam tahiyat. Ku akui bahawa cara para jema'ah itu duduk dalam tahiyat sesungguhnya sering mengagnggu konsentrasiku dipertengahan solat mahupun ketika tiba di penghujungnya. Tidak pasti pula aku apa yang para jema'ah lain rasakan ketika itu. Bukan niatku untuk menghina sesiapa kerana aku bukan ahlinya atau pakar rujuk dalam perkara ini tapi aku terbaca sesuatu dan juga ada mendengar kuliah daripada ustaz yang ku anggap mahir.

Ada jema'ah yang cara duduknya begini, ibu jari kaki kanan direbahkan.






Ada pula jema'ah yang duduk cara begini, punggung diletakkan di atas kaki kiri, ibu jari kaki kanan ditegakkan.

Yang aku tahu kedudukan begini ialah bagi tahiyat awal.


Ada juga sesetengah jema'ah duduk di atas kedua-dua tumit yang ditegakkan.






Ada jema'ah yang duduk begini, duduk di atas kedua-dua kaki yang disilangkan.






Ketika solat di Madinah dan juga di Makkah anda mungkin dapat lihat beberapa jema'ah (tersangat kecil bilangannya) yang cara duduk tahiyat mereka seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Yang pastinya mereka bukan jema'ah daripada Malaysia atau negara Asia Tenggara.

Terdapat sepotong hadith mengenai cara duduk dalam solat. Hadith berikut yang berbunyi begini dipetik daripada website JAKIM:

(http://www.islam.gov.my/portal/e-hadith.php)

Dari Amir bin Abdullah bin Zubair r.a dari bapanya katanya: "Apabila Rasulullah s.a.w duduk dalam solat, diletakkannya kakinya yang kiri antara paha dan betis serta menegakkan tumit kanan, meletakkan tangan kiri di lutut kiri, meletakkan tangan kanan di paha kanan dan menunjuk dengan telunjuk."


(Muslim)

Huraian :

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa umatnya hendaklah bersolat sebagaimana cara baginda mengerjakan solat. Ini memberikan maksud bahawa setiap amalan di dalam solat itu sekalipun tidak dinyatakan secara terang di dalam al-Quran, ia dapat dirujuk pada cara ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w kerana Islam meletakkan bahawa sumber hukum syarak selain daripada al-Quran adalah sunnah dan hadith baginda rasulullah s.a.w yang telah diutus sebagai pesuruh Allah S.W.T untuk menyampaikan ajaran-ajaran-Nya. Oleh itu sebarang pertikaian tentang cara-cara mengerjakan solat hendaklah dirujuk kepada sunnah baginda kerana hal demikian memungkinkan banyak berlakunya percanggahan pendapat. Apa yang penting ialah perkara-perkara yang telah disepakatkan oleh ulama’ (ijma’ ulama’) hendaklah diikuti tanpa ada perselisihan hingga munculnya ajaran-ajaran baru yang jauh menyeleweng daripada sunnah baginda. Contohnya berlaku baru-baru ini, sekumpulan umat Islam yang bersolat berimamkan seorang wanita sedangkan hal sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang sejarah.

Berdasarkan penjelasan di dalam hadith di atas maka cara duduk yang dimaksudkan di dalam tahiyat akhir ialah seperti yang di tunjukkan dalam gambar di bawah:


Perkara ini juga telah dirujuk kepada halaman blog lain iaitu:

Antaranya hadith Abu Humaid As-Sa’idi yang meriwayatkan sifat solat Nabi SAW:

فَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ جَلَسَ عَلَى رِجْلِهِ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْيُمْنَى وَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ قَدَّمَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْأُخْرَى وَقَعَدَ عَلَى مَقْعَدَتِهِ

"Dan apabila baginda duduk pada raka’at kedua (tahiyat awal), maka baginda duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirash), dan jika beliau duduk pada raka’at terakhir, maka beliau mengedepankan kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan, dan duduk di atas tempat duduknya (duduk tawarruk)". (HR. Bukhari)

Hadith ini membezakan antara duduk tahiyat awal dan akhir. Dan cara duduk tersebut merupakan yang paling afdal bagi kedua-dua keadaan duduk ini.

Ada orang berpendapat wujudnya perbezaan cara duduk kerana mazhab yang berbeza. Saya kurang pasti kerana belum selesai mengkajinya.

Imam Nawawi menjelaskan: jika seseorang itu meninggalkan duduk yang sunnah ini, solatnya tidak terbatal. Begitu juga dengan apa jenis duduk sekalipun, samada seseorang itu terbalikkan duduk tahyiat awal (iftirash) dengan duduk tahiyat akhir (tawarruk) atau duduk berlunjur atau bersila atau lain-lain jenis duduk, semua ini tidak membatalkan solat, tetapi dia dikira telah meninggalkan
sunnah yang afdal.

Tuesday, February 9, 2010

Thursday, February 4, 2010

Nostalgia Anak Tani XI & XII

...............XI



alrazzi anak Perlis kelahiran sebelum Merdeka


................XII

Ku perhati bunga² teratai
Sedang di hati ingin melupai
Segala yang telah terjadi......







alrazzi anak Perlis kelahiran sebelum Merdeka