Saturday, August 14, 2010

Beli Tiket Berjalan Kaki


August 14 at 4:09pm

Wahai Sahabat,

Ana pun tak pasti kenapa ente amat minat dengan cerita rakyat ni... kerana bagi ana ia hanya cerita biasa saja... bukanlah satu cerita box-office yang mendapat sambutan begitu meriah.. ha ha ha !!

Cerita berkisar pada seorang watak kaki gelembong yang merasai dirinya terlalu smart, jauh lebih smart dari orang lain. Hobi dia ialah bercerita di kalangan kawan² di kedai kopi setiap hari...Apa saja yang dia buat, biasanya objektifnya ialah untuk pekena orang semata....

Kalau dia cerita pasal dia beli barang, dia cerita dia bijak sebab tak bayaq harga sepetutnya... murah memanjang... ha ha !!
Kalau dia cerita pasai main bola, dia saja yang score goal.... ha ha ha !!

Dalam banyak² dok cerita gelembong tu, satu hari dia bercerita kat kawan² bagaimana dia dah pekena syarikat keretapi...

"Kome nak tahu..." katanya angkuh." satu hari teman tipu KTM"

"Ape mike dah buat ?".. tanya kawan².

"Ape lagi, teman tipu le dia.. bio padan mukanye..!!" sambil ketawa angkuh. " Teman beli tiket Kelas Satu... tapi teman tak naik, ha ha ha !!! Padan muka KTM kena tipu !!"

"Habis mike balik macam mane" kawan² kehairanan.

"Teman jalan kaki le !!!"

Kawan² (dalam hati) " ??????.... Bodoh juga la si bahlol ni , HA HA HA HA !!!! "

Tu la cerita dia... harap teghaaaang.