Wednesday, October 27, 2010

Aidilfitri di Madinah ...beberapa kejutan


Catatan di bawah ini ialah setakat merakamkan pengalamanku yang pertama kali merayakan Aidilfitri di Tanah Suci, maksudku di Madinah.

Ketika ribuan jema'ah Malaysia yang menunaikan Umrah di bulan Ramadhan berduyun pulang ke tanahair, kami sekeluarga pula berangkat meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah Umrah. Ketika itu cuma lagi 3 hari ke Aidilfitri tahun ini (2010). Sebenarnya bukan kami sahaja bahkan ramai hinggakan satu pesawat MAS B747 yang dicharter khas penuh dengan jemaah yang mahu ke destinasi yang sama.

Dipendekkan cerita, Aidiladha ditetapkan pada hari Jumaat, 10 September, 2010 bersamaan 1 Syawal, 1431H.

Jika ditanahair, selepas selesai solat fardhu Magrib dan Isya petang sebelum raya akan berkumandang di masjid, TV maupun radio takbir raya, meriah walaupun sayu bunyinya. Kami di Madinah tak dengar pun takbir raya baik di Masjid Nabawi maupun di TV.

Di Malaysia, terutama sekali di kampong-kampong ada anak-anak muda yang tidak memperdulikan larangan pihak berkuasa polis bergembira membakar mercun atau membakar meriam buluh. Di Madinah tak kedengaran satu letupan mercun atau bunga api pun.

Di pagi raya, selepas selesai menunaikan solat fardhu Subuh juga tidak ada takbir raya. Cuma 20 ninit sebelum solat sunat Aidilfitri dimulai barulah takbir raya mula berkumandang di pembesar suara.

Sembahyang raya dilangsungkan pada jam 6.15 pagi sedangkan di tempat kita antara jam 8.30 hingga 9.00 pagi kerana memberi peluang kepada mereka yang belum membaayar fitrah untuk membayar fitrah masing-masing.

Seperkara lagi, amalan biasa di masjid seluruh negara kita untuk memberi penerangan atau memperingati para jema'ah mengenai bilangan takbir iaitu 7 di raka'at pertama dan 5 di raka'at kedua tetapi di Masjid Nabawi tiada penerangan sedemikian dibuat sebelum solat dimulakan. Semua orang dianggap sudah sedia maklum mengenainya.

Selesai khutbah raya para jema'ah pulang ke kediaman masing-masing. Waktu itu barulah kelihatan macam suasana raya sedikit di mana kelihatan sebilangan kanak-kanak memakai pakaian cantik. Bagi orang dewasa nampaknya macam biasa saja. Sesetengah jema'ah lelaki bukan saja berpakaian kemeja dan jeans malahan solat memakai cap yang diterbalikkan. Anda mau ikut ke cara mereka berpakaian?





Tidak mungkin pemuda memakai cap terbalik ini tidak mampu membeli ketayap berharga 1 Riyal untuk dipakai ketika datang solat Aidilfitri setahun sekali....