Thursday, February 4, 2010

cerita balik sekolah

......saya ada cerita pasai kerabat pokok jangguih waktu balik sekolah.

Waktu balik sekolah perut memang lapag. Sebelum sampai ke rumah, kok tengah jalan tu sentai saja buah-buah yang terjumpa seperti buah setoi, buah keriang, buah goncag, buah tendut, kacang panjang, kacang lendiaq, cabai melaka termasuk juga makan umbut padi (tau ka umbut padi?). Bukannya kerana kami jahat tapi kerana lapag, rumah pun jauh.

Satu hari ada sorang kawan saya kerabat pokok jangguih kat tengah bendang untuk ambil buah. Ketika itu dia tak sedar di pokok jangguih tu ada sarang tebuan. Entah macam mana tebuan-tebuan yang dalam sarang tu berterbun keluar dan menyengat dia. Mujurlah saya tidak berada kat situ. Lepas tu apa yang terjadi? Mukanya bengkak teruk, siapa yang melihat semuanya tak boleh cam dia siapa. Kalau tak salah saya keesokan harinya dia pergi juga ke sekolah dalam keadaan mukanya yang bengkak. Siapa yang tengok muka dia semuanya tergelak walhal sepatutnya adalah sikit perasaan simpati. Tak habis di situ, berikutan kejadian tu dia telah digelar "Tebuan" oleh rakan-rakan.
alrazzi anak Perlis kelahiran sebelum Merdeka

No comments:

Post a Comment