Thursday, February 4, 2010

gila burung

azizan
Pemantau Forum
Super Rabung
*****








« Reply #65 on: April 11, 2007, 10:29:28 PM »


AlRazzi, saudara pun kaki burung juga ke. Takat duk hambat Puyuh tu tak pa lagi, jangan sampai gila Merbuk sudah la. Macamana pula dgn cerita ajuk Sintak? Aruah jiran saya dulunya sukalah buat kerja ajuk Sintak ni. Rumah kami tu dekat dgn hutan, banyaklah burung ni terpa keluar bila dengar bunyi ajukan tu.

Saya pernah bela burung pipit saja. Tapi di rumah Tok Wa saya tu adalah seekor Merbuk. Yang banyaknya burung yg tak dibela yg bersarang di bawah rumah. Depa panggil burung Cak Rumah kalau tak silap. Di tepi rumah atas pokok Nyiuk tu adalah burung yg buat sarang berjuntai tu. Apa ke nama, dah lupa. Kemudian adalah bewak panjat pokok tu cuba nak curi telur burung tu. Kalau ada kesempatan saya suka terde (lastik) bewak-bewak ni. Saya pun tak tau pasai apa famili kami suka sangat burung tu buat sarang atas pokok nyiuk tu. Sampaikan kami balut perdu pokok nyuk tu dgn tin nak menghalang bewak dari panjat dan kacau burung tu.


Ya, saya suka burung, tapi tidak termasuk dalam kategori "gila burung" macam orang gila burung merbuk.

Aktiviti "ajuk sintar" memang cukup saya suka, memang dok tunggu kalau ada peluang sebab burung sintar ni kedatangannya bermusim iaitu dalam bulan Mei. Melihat kepada warna bulunya yang oren kemerahan, bulu borek di bahagian dada, kakinya merah, wow memang mengancam.

Pipit sintar diperbuat daripada daun tendut yang diikat kepada buluh kecil dan dimasukkan ke dalam satu serombong buluh yang kira-kira 1 1/2" diameter. Apabila pipit ditiup pada waktu malam yang gelap (waktu bulan belum keluar) dengan bunyinya seperti ini: tot...tot....tot....tot atau "ku'ek", burung sintar yang sedang berterbangan akan turun hinggap di atas pokok-pokok yang berdekatan. Burung sintar akan melawan (marah) apabila mendengar bunyi pipit yang sedang ditiup dan dia akan turun semakin rendah.... semakin rendah dan mungkin juga hinggap di atas tanah. Ketika itu kita "switch-on" lampu picit (toslet) dan suluh ke arahnya, kalau boleh fokuskan cahaya lampu ke arah matanya. Perlahan-lahan kita hampiri burung tu dan tangkap saja dengan menggunakan tangan atau dicucuh dengan getah.

Dulu saya bawa balik pipit sintar ke KL tapi bila berpindah rumah dari Ampang ke Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, pipit-pipit tu sudah hilang.

Mengenai burung yang sarangnya terjuntai di pokok nyok atau rumpun buluh tu kita panggey burung "chak raya". Satu sarang burung chak raya di KL boleh dijual dengan hargaRM10 - 20 (kalau tak salah) untuk dijadikan perhiasan. Gilaaaaa!
alrazzi anak Perlis kelahiran sebelum Merdeka

No comments:

Post a Comment