Monday, March 22, 2010

Bas Ekspres

Ahad, 21/3/2010, aku memandu dari Arau kemudiannya memasuki Lebuhraya PLUS di Changloon menghala ke selatan. Selepas melalui kawasan Sg. Petani aku terpandang melalui cermin lihat belakang (rear view mirror) keretaku kelihatan sebuah bas yang datang dari arah belakang sedang beremba dengan sebuah lagi bas. Ketika itu kelihatan bas yang dipandu di lorong dalam sedang berusaha mahu memotong bas di lorong luar tapi agak lama juga mereka dalam keadaan beremba. Apakah pemandu bas di lorong luar tidak benarkan bas yang satu lagi memotongnya lalu dia memperlajui bas yang dipandunya. Akhirnya setelah dapat memotong bas di lorong luar bas itu lantas memotong keretaku. Ketika itu keretaku sedang dipandu pada kelajuan 120 km/j. Tentulah bas itu lebih laju dipandu daripada kelajuan keretaku.



Semakin laju bas eskpres itu meninggalkan keretaku walaupun kelajuanku menghampiri 130 km/j dan ku biarkan saja dia pergi kerana aku sengaja mahu menguji kelajuannya.

Apa yang nak ku katakan bahawa pemandu bas itu tanpa takut ditahan kerana memandu laju serta merbahayakan nyawa penumpang di dalamnya telahpun melanggar peraturan keselamatan jalan raya (termasuklah juga aku!).




No comments:

Post a Comment