Tuesday, March 9, 2010

Cara duduk dalam tahiyat (tasyahud) akhir

Ketika solat berjema'ah di masjid tempatan (di Malaysia) aku sering terpandang atau tertumpu pandangan kepada kaki para jema'ah yang solat di saf hadapanku. Malahan pada bulan September 2010 ketika aku berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Umrah aku telah melihat berbagai kedudukan para jema'ah di sana ketika dalam tahiyat. Ku akui bahawa cara para jema'ah itu duduk dalam tahiyat sesungguhnya sering mengagnggu konsentrasiku dipertengahan solat mahupun ketika tiba di penghujungnya. Tidak pasti pula aku apa yang para jema'ah lain rasakan ketika itu. Bukan niatku untuk menghina sesiapa kerana aku bukan ahlinya atau pakar rujuk dalam perkara ini tapi aku terbaca sesuatu dan juga ada mendengar kuliah daripada ustaz yang ku anggap mahir.

Ada jema'ah yang cara duduknya begini, ibu jari kaki kanan direbahkan.






Ada pula jema'ah yang duduk cara begini, punggung diletakkan di atas kaki kiri, ibu jari kaki kanan ditegakkan.

Yang aku tahu kedudukan begini ialah bagi tahiyat awal.


Ada juga sesetengah jema'ah duduk di atas kedua-dua tumit yang ditegakkan.






Ada jema'ah yang duduk begini, duduk di atas kedua-dua kaki yang disilangkan.






Ketika solat di Madinah dan juga di Makkah anda mungkin dapat lihat beberapa jema'ah (tersangat kecil bilangannya) yang cara duduk tahiyat mereka seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Yang pastinya mereka bukan jema'ah daripada Malaysia atau negara Asia Tenggara.

Terdapat sepotong hadith mengenai cara duduk dalam solat. Hadith berikut yang berbunyi begini dipetik daripada website JAKIM:

(http://www.islam.gov.my/portal/e-hadith.php)

Dari Amir bin Abdullah bin Zubair r.a dari bapanya katanya: "Apabila Rasulullah s.a.w duduk dalam solat, diletakkannya kakinya yang kiri antara paha dan betis serta menegakkan tumit kanan, meletakkan tangan kiri di lutut kiri, meletakkan tangan kanan di paha kanan dan menunjuk dengan telunjuk."


(Muslim)

Huraian :

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa umatnya hendaklah bersolat sebagaimana cara baginda mengerjakan solat. Ini memberikan maksud bahawa setiap amalan di dalam solat itu sekalipun tidak dinyatakan secara terang di dalam al-Quran, ia dapat dirujuk pada cara ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w kerana Islam meletakkan bahawa sumber hukum syarak selain daripada al-Quran adalah sunnah dan hadith baginda rasulullah s.a.w yang telah diutus sebagai pesuruh Allah S.W.T untuk menyampaikan ajaran-ajaran-Nya. Oleh itu sebarang pertikaian tentang cara-cara mengerjakan solat hendaklah dirujuk kepada sunnah baginda kerana hal demikian memungkinkan banyak berlakunya percanggahan pendapat. Apa yang penting ialah perkara-perkara yang telah disepakatkan oleh ulama’ (ijma’ ulama’) hendaklah diikuti tanpa ada perselisihan hingga munculnya ajaran-ajaran baru yang jauh menyeleweng daripada sunnah baginda. Contohnya berlaku baru-baru ini, sekumpulan umat Islam yang bersolat berimamkan seorang wanita sedangkan hal sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang sejarah.

Berdasarkan penjelasan di dalam hadith di atas maka cara duduk yang dimaksudkan di dalam tahiyat akhir ialah seperti yang di tunjukkan dalam gambar di bawah:


Perkara ini juga telah dirujuk kepada halaman blog lain iaitu:

Antaranya hadith Abu Humaid As-Sa’idi yang meriwayatkan sifat solat Nabi SAW:

فَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ جَلَسَ عَلَى رِجْلِهِ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْيُمْنَى وَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ قَدَّمَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْأُخْرَى وَقَعَدَ عَلَى مَقْعَدَتِهِ

"Dan apabila baginda duduk pada raka’at kedua (tahiyat awal), maka baginda duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirash), dan jika beliau duduk pada raka’at terakhir, maka beliau mengedepankan kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan, dan duduk di atas tempat duduknya (duduk tawarruk)". (HR. Bukhari)

Hadith ini membezakan antara duduk tahiyat awal dan akhir. Dan cara duduk tersebut merupakan yang paling afdal bagi kedua-dua keadaan duduk ini.

Ada orang berpendapat wujudnya perbezaan cara duduk kerana mazhab yang berbeza. Saya kurang pasti kerana belum selesai mengkajinya.

Imam Nawawi menjelaskan: jika seseorang itu meninggalkan duduk yang sunnah ini, solatnya tidak terbatal. Begitu juga dengan apa jenis duduk sekalipun, samada seseorang itu terbalikkan duduk tahyiat awal (iftirash) dengan duduk tahiyat akhir (tawarruk) atau duduk berlunjur atau bersila atau lain-lain jenis duduk, semua ini tidak membatalkan solat, tetapi dia dikira telah meninggalkan
sunnah yang afdal.

8 comments:

  1. salam...wlaupon di skolah ada blajar solat tp bleh kata sume panduan dr bku je...ustaz@ustazah slalu beri percanggahan dlm solat...bku fardu ain skolah pon xlengkap...

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussaalaam anna, pakcik di sini pun tak lengkap juga, cuma fokuskan kepada cara duduk dalam tahiyat..... kerana ketika dalam solat berjema'ah perkara inilah yang mengganggu konsentrasi pakcik. Nak pakcik beritahukan kepada mereka siapalah pakcik ini, siapa yang nak dengar....mesti ada tauliah baru orang beri perhatian.....jadi pakcik tuliskan di blog ini sebagai tempat pakcik mengadu. Semoga maklumat ini somehow boleh juga sampai ke destinasi yang dimaksudkan.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum bang..

    saya terpanggil nak 'google' perkara ini sebab kadangkala saya juga buat ketika solat Jumaat di masjid...oleh kerana jumaah yg terlalu ramai jadi kita kena berhimpit dan ketika tahiyat akhir rakaat kedua, saya terpaksa duduk seperti tahiyat awal dan memberi salam seperti biasa...

    saya juga pernah ke tanah suci mengerjakan umrah,ada juga saya ternampak umat/jemaah yg duduk tahiyat awal pada tahiyat akhir..dan mereka ini bukan rakyat Malaysia secara amnya..

    rakan2 sepejabat yg berbangsa arab dan afrika juga duduk tahiyat awal pada rakaat akhir..

    saya agak keliru juga,tapi selepas membaca blog ini barulah saya faham dan menghilangkan keraguan yg ada...

    terima kasih..

    ReplyDelete
  4. salam,

    Duduk tahiyat akhir adalah khilaf ulama, setiap mazhab berbeza2.. Tidak batal jika tidak duduk seperti yg kita biasa lakukan.. dalam imam syafie, duduk tahiyat akhir adalah sunat yang digalakkan, bukan wajib.

    ReplyDelete
  5. Salam.......apa yang diperkatakan dan ditunjukkan dalam blog ini adalah CARA SOLAT YANG SEMPURNA.....ianya bukan Rukun tetapi kalau berbalik kepada hadith Nabi SAW yang bermaksud " Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang " maka afdalnya kita ikut Sunnahnya dan apa yang telah ditunjukkan. Di Mekah banyak Fahaman-fahaman tetapi kita dari Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berimamkan Imam As Shafiee maka elok kita berpegang kepada apa yg diajar kpd kita.
    Sembahyang tetap sah tetapi kurang sempurna. MEngapa tidak kita sempurnakan.......Wallah huaklam...

    ReplyDelete
  6. kalau saudara terganggu...

    saya lagi terganggu dan keliru

    sampai ingat walau satu jamaah, tapi ikut mazhab berbeza.


    (ibu jari saya tak jungkitkan, sebab tak mampu..takut terpeliot)

    ReplyDelete
  7. Salam tuan.

    saya juga terganggu dgn ketidakseragaman cara duduk ini. Terganggu ini ialah kebanyakan jamaah tabligh dari Msia yg dah ke BIP, cara duduk mereka adalah duduk tahyiat awal untuk tahyiat akhir.

    saya pernah bertanya mengapa penduduk msia yang mengikut mazhab Syafie melakukan amalan mazhab yang lain? Alasan bahawa rapatnya saf yg membuat mrk duduk begitu pun saya tak terima. RASULALLAH tidak pernah silap dalam menngarahkan makmum merapatkan saf.

    rasa tak kisah kalau berlaku di luar msia, tapi golongan jamaah tabligh ni merentap fokus dan mereka gagal memberi jawaban yang solid.

    adakah dengan ke BIP, selama kuranglebih 4 bulan menjadikan mereka faham mazhab di sana dan mempraktikkannya di sini?

    Salam

    ReplyDelete
  8. setengah kata tak duduk iftirasy itu salah,pd duduk antara 2 sujud.

    ReplyDelete